BUDIDAYA BAWANG MERAH

Bawang Merah adalah bumbu masak sayur ini adalah salah satu bumbu masak yang paling mudah ditanam .   Anda boleh tanam dari bebawang (bulb) atau dari biji.   Jika anda tanam dari biji, masa yang diambil untuk matang agak lama tetapi kos perbelanjaan benih adalah lebih murah. 

Budidaya Bawang Merah
Bawang Merah Indonesia

Bawang tidak memerlukan penjagaan yang rapi.   Anda perlu merumput selalu untuk mempastikan rumpai tidak mencuri baja dari tanah.  Tanah pula tidak perlu terlalu basah. Anda tidak perlu menyiram dengan banyak.   Gunakan tanah yang kaya dengan kompos.Cara Menanam Dengan BijiSemai benih sedalam 2 cm (3/4 inci) dalam barisan.   Jarakkan kira-kira 30cm (12 inci).   Anda boleh jarakkan dengan mencabut pokok yang terlalu rapat. 

Cara Menanam bawang 

Kupas kulit luar yang kering untuk aktifkan bawang. Kulit ini adalah nipis seperti kertas.   Jika bawang tiada tunas, potong sedikit bahagian atas.  Toreh sedikit di bahagian akar. Geratkan tanah dengan penggerat (rake) untuk menggemburkan tanah.  Dengan ibu jari, tolak bawang dengan berhati-hati sehingga bawang tenggelam di  dalam tanah. 

Jika tanah keras, korek lubang menggunakan pengorek untuk mengelakkan dari mencederakan bebawang.  Pastikan bagian akar berada di bahagian bawah.

Tanam bawang merah dengan jarak 5 cm (2 inci) dan bawang besar 10 cm (4 inci).  Siram dengan air tetapi jangan terlalu banyak kerana tanah yang becek akan menyebabkan bawang menjadi rusak dan busuk. Lakukan pembersihan rumput secara rutin.Siram dengan air tetapi jangan sampai tanah menjadi terlalu basah.

Panen

Cara panen boleh potong daun bawang selepas dua minggu.  Daun bawang enak dibuat salad atau dimasak misalnya dibuat cucur bawang.  Selain dari daun, bunga, tangkai bunga dan bebawang boleh dimakan.  Bawang sedia untuk dituai apabila daun mula menjadi layu, kuning atau bawang mula berbunga.  Kebiasaannya, jika anda tuai daun, anda boleh tuai daun sebanyak 3 kali sebelum kualitas daun menurun.



Masalah Yang Mungkin Dihadapi

Jika tanah terlalu basah, bawang mungkin menjadi busuk dan berbau.   Lalat bawang juga akan merusakkan tanaman.   Gunakan jaring halus untuk menghalang lalat bawang, jika ia membawa masalah. Menanam Dalam Bekas Bawang tidak perlukan ruang yang banyak dan akarnya pendek.  Jadi, ia juga sesuai ditanam dalam bekas. 


Bawang sesuai ditanam di dalam bekas.  Sejambak bawang boleh menghias tingkap rumah yang tiada ruang tanah untuk bertanam. Tanaman Untuk Kanak-kanakOleh kerana bawang cepat dituai, mudah diuruskan dan enak dimakan, ia sesuai dijadikan tanaman untuk aktiviti kanak-kanak.


Bawang sesuai ditanam oleh kanak-kanak Mengapa Tanam Bawang? Mungkin ada yang terlintas mengapa ingin tanam bawang, sedangkan harganya murah.   Secara peribadi, saya tanam bawang untuk mendidik anak-anak supaya minat bertanam sendiri.  Daun bawang yang dituai segar adalah rangup dan enak dibuat salad dan dibuat jejemput.

Lagipula, satu bebawang akan berganda menjadi sehingga 6 bebawang.  Dalam masa 6 minggu, sekilo bawang akan menghasilkan sehingga 6 kilo bawang.   Ini pasti menjimatkan jika anda mempunyai masa terluang untuk bertanam sendiri.
Asal seulas bawang menjadi 6 ulas.Pokok bawang yang ditanam di atas tanah.
Daun bawang putih juga enak dibuat salad.  Daunnya agak berbeza dari daun bawang merah dan bawang besar kerana ia seakan-akan daun rumput, iaitu berbentuk pipih. 

Daun bawang merah berbentuk rod.
Bawang putih yang disemai dalam pasu plastik.  Pokok ini berumur satu minggu.


No comments:

Post a Comment